ads by nuffnang

S a j a k d' i k i m




Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang
tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging


Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan
putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Wallahua'lam.

A i r + K e r e p e k

Dalam menempuh hari2 yg mendatang...
semakin hari semakin mencabar..
raseny dh b'brp hari aku xupdate blog ni..
bkn ny xad idea, tp xad mood lg nk posts entry dlm blog ak ni..
yer lh kn sebab ny d ats rentetan peristiwa kehilangan data penting dlm laptop ak..wt mase ni dlm usaha utk mencari smula..haaa korang jgn xthu..blh search smula wlaupun dh delt n format tau..tp makan mase gak laa...


nampak sedap kan kerepek pisang ni,..kecourr air liur




haa... jgn tak tahu air ni ak buat sendiri tau..surrrrp...sedap ny



nape yek aku punye title Air + Kerepek?? masih kah lg dgn openhouse??,yer ar kn ner la thu kerepek raye ke..heheheh



tak ad lh..tak ada kene mengene pun ngan Oh..wlaupun setiap minggu ak dpt undangan ke Oh tp semua ny ak xdpt nk pergi..
emm...yg sebenarny air+ kerepek tu lh yg jd peneman aku dikala ak mengtuk..heheh..
yer ar kn,mcm ner nk buat koje klu dh mate ni berat n layu jer..nk2 pas zohor peeeh sampai tersengok2 dibuat ny..
so ap lg pg pekene air n kerepek ar..
segar n ilang ar ngtuk ak.


nmpak paper tu x?? haa tu ar tugasan yg ak kene buat..
ap2 pn enjoi n hapy ar

S a t u K e d u k a a n

big prob..
semalam laptop kesayangan aku ni buat hal..
sbelom ni ok jer..
time aku On je laptop, scren laptop aku gulap gulita..xkuar ap2 .
aku tunggu ar dlm 2,3 mint..tibe2 kuar box n kat ctu ad arahan suruh aku aktif kan aku punyer windows.. windows???
so masalah ny skrg ni windows yg xboleh buka..
pelik betul sedang kan aku gune windows vista yg ori lg tu..
ap ke hal la yg xkene...
bpeloh n pening gak ar memikir kn mcm ner la nk buat..dh mcm2 usaha yg d lakukan...emmmm..
habis la..mcm ner,diaorg ckp jln takhir format .
klu nk format ok..tp format C jer la..dkt D tak boleh,sbb dkt D ad banyak maklumat yg tersangat lh panting..terutamany repot final.
sbbny aku xad buat backup lgsung..
so proses format pn dijlnkn..
ble dh ciap...
chek smula smuany hilang...empty..mane perginy semua folder2 penting aku..ooooohh tidakkkkkkkk...
dh hilang..
sedih ny..
repot final ak dah hilang..penting sgt tu...
folder pic,alahai semua gambar2 ak ,folder lagu..dh tak ad.
dah xad mo0d ..

tak ada gambar yg nak d letak



Q u n u t N a z i l a h

A i d i l f i t r i y g l a l u

Salam aidilfitri buat semua ...masih belom terlewat lg kan nak wish selamat hari raya pd semua, yer la kn..skrg ni pn masih ramai lg yg buat umah terbuka..ok lh tu bagus la selain dapat menjamu sahabat handai saudara mara makan secara tak langsung dapat m'erat kn lg silaturrahim kn3..heheh
Bagi aku Raye tahun ni sangat berbeza dengan raye2 yg lepas..sedih sangat..sebabnya bonda ku yang tercinta sakit n kene tahan d wad kenanga7 Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh..
start masuk pd 13sept09,mase tu aku ad di kolej lg,aku terpakse tnggu sampai 15hb sbb nya ada paper final,lepas sahur 16hb aku gerak balik umah dgn adk aku yg stady kt usim tu..dia terpakse meoteng kuliah..smpai umah dlm kul 10pg rehat kejap n terus gerak g hospital..waktu melawat pukul 14.00..aku menitis kn air mate ble tengok keadaan mak..aku blh lihat yg mak sedang menahan sakit,dlm ati aku berdoa supaya mak cepat sembuh n sihat..aku n adk jge mak kt wad 1 ari tu..mlm nya pula kak ngah,bgilir2 jge mak..begitulah seterusnya..sebelah siang aku n adk2 laki yg jge..malam ny pula akk yg jge cz laki x blh jge wktu mlm..
sampai lh 1syawal..yg berbeza ny dr thn2 yg lain lepas solat sunat aidilfitri kami semua gerak ke hospital jumpe mak n b'raye bersame d wad..sayu n sedih sangat..pic ni kt ruang lobi bwh ..semantara tunggu pukul 5 mase melawat kali ke2fmly n nenek dr kg Bg.Serai perak,dtg hari ke 2syawal..melawat n menziarah mak d hospital..
mak di jangkakan boleh keluar wad pd 22hb..tp..lepas d periksa oleh doc pakar,mak kne tahan utk 1 hari lg..23hb mak lh kuar..
lame gak la mak d hospital 11hari..
terima kasih bnyak2 pada mereka yg dtg menziarah rakan mengajar mak,kwn2 along,fizi,ehsan,jiran2,pgawai ismail,ust sidek
bgtu juga pd doktor2,jururawat,n jururawat pelatih yg memberi khidmat ..:)


anakmu sentiase mendoakan kesejahteraan kesihatan ayah&ibu yg tercinta..amin2

T a n d a2 S e b e l u m M a t i

Tanda 100 hari sebelum mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan alaman dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita aiaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Mati

Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Penawar hati cintakan Allah ingatkan Mati bacalah Al-Quran

-im-

P e r g i P o r t D i c k s o n

t e n g o k . . .

Kali ni aku nk zoOm Malaysia lg iaitu d Port Dickson n9.
sekarang ni kan sedang hangat pilihan raya kecil Bagan Pinang d PD..so dlm ddk2 termenung tercetus ar idea nak coretkan dlm blog aku ni,yg ak pernah sampai ke pantai d sane..
aku pg sane ngn bdk bilik aku faris ikhwan,hafis n sapik,4org jer yg pg..so sewa kancil je.hehehh
xada apa yg nak dibuat ujung2 minggu ni kan. bdk2 ni ajak ar aku join deme g sane..
same2 dh lame x g pantai la kata kn..hehehh
sewa keta sapik blanje duit minyak n duit tol tong2 ar sorang ckit.
kite org gerak lepas zohor ikut hightway seremban and exit PD.
rasenye semuany first time ni pg PD tak pernah sampai lg sebelom ni..semangat btul deme ni..
perjalanan alhamdulilah selamat..sampai kat sane, 3x pusing nak cari parking..paham2 je lah kan..maksudnya punye la ramai org.
kes yg agak kelakarny ble dah sampai tepi pantai tu nampak ar deretan payung dan kerusi rehat,dengan selamber jer kite org pg duduk kat ctu..tak sampai 1minit, ada sorang bro ni dtg n ckap tmpat ni kene sewa..20ringgit sampai balik..tercangak gak ar kite org dengar.huhuhh tak tahu la pulak yg tempat tu kene sewa kalau nak duduk..ad setengah tempat 20ringgit n 15ringgit..
aku dari awal2 lg dah cakap xnak mandi pn,just nak lepak2 jalan2 tgk pemandangan kt pantai tu.
yg g terjun mandi faris & sapik..lame btul deme berdua tu mandi dekat 3jam..seronok kot mandi sampai lupe nk naik..
dah siap mandi tu kite org pg jln2 lak tgk gerai2 sekitar citu solat n pg makan..


d' t a s e k b e r a





nak story ar ckit mase d tasik bera ni.. pada mulanya tak ada dalam plan pun nak pergi ke tasik bera ni.. sekadar kebetulan jer,bak kate org alang2 dh lalu kat citu kan singgah ar kejap..kalau tak dtg bile lg kn..yer ar tasik bera ni kn d antara tasik yg menarik dan juga tasik semula jadi yg terbesar d asia tenggara..
yg aku thu ar berbagai2 specis tumbuh tumbuhan air yg ada kt tasik bera.. tu belum lg pasal ikan yg ada dalam tasik tu..
haaa... yg ni si kaki pancing thu n tera la..
video

sori vdio ni pic nya xjelas sje nk share

mase aku datang tu ada function ironman international peeh jelajah kat area tasik tu..

memang ramai gak la pengunjung yg dtg silih berganti . .
pada aku ada gak lg org yg tak tahu dan mengenali tasik bera ni..
sape2 yg berminat nk treval jln2 tgk sila2 lah dtg zOOm malaysia..


M u h a m m a d E l m a n . .

:) heheh

Elman... yg ni pulak ank buah ak yg first..
umr ny baru stahun 15 hari..
ak rindu sgt2 kt elman ni..sbb ny dia ddk kt sarawak
nampak gaye nya cuti sek bln 12 ni lh dpt jumpe .
seronok melayan kerenah baby ni...
mcm2 aksi..
kadang2 sampai penat nk menjaga n melayan . . . elman bersama mama&papa ny

waaah segak sungguh elman pakai baju melayu ciap bersampin lg tu mengalah kn anjang dia...

penyuluh hidup

Related Posts with Thumbnails

ads by nuffnang

Followers